Jumaat, 23 Jun 2017

ANDAINYA TAKDIR...BENARAKAH TAKDIR YANG SALAH??

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Salam Ramadhan semua. Umpama pertandingan balapan, Ramadhan semakin hampir ke garisan penamatnya. Tinggal sehari je lagi kita berpuasa lepas tu rutin harian akan kembali seperti biasa. Musim raya ni mesti perut terpaksa bekerja lebih masa dengan jemputan open house. Aduhh.. bertabahlah wahai perut.

Uolls tengok tak drama yang tengah trending dan 'hot' diperkatakan tu? Alaa.. Drama "Andainya Takdir" lakonan Shukri Yahya dengan Nina Iskandar. Semalam khabarnya dah episod terakhir. Kak Ti tak pernah 'follow' drama ni. Pertama sebab kak Ti tak berpeluang nak tengok dan kedua sebab memang kak Ti tak suka dengan drama yang memaparkan wanita yang bergelar isteri sebagai mangsa. Tau pasal drama ni pun sebab ramai kawan-kawan FB dan kat 'whatsapp' yang update status 'emo' tiap kali lepas tengok drama ni. Tu yang tak nak tengok.. Kang tak pasal-pasal kak Ti yang terlebih 'emo'. Berkesan sungguh lakonan pelakon-pelakon drama "Andainya Takdir" ni kan.

Kalau pasal jalan cerita tu rasanya kak Ti tak layak kot nak komen apa-apa cuma kak Ti tertarik nak buat entry pasal drama ni jugak bila kak Ti baca blog  Cik Min yang bercerita tentang hubungan yang menyakitkan. Hubungan yang hanya merugikan semua pihak.. Baik si isteri, si suami, anak-anak dan semua keluarga yang terlibat.

Secara jujurnya kak Ti tak paham dengan hubungan yang tak sehat ni. Lebih tak paham lagi dengan orang yang cuba mempertahankan hubungan yang tak sehat ni. Kalau Cik Min menggelarkan hubungan sebegini sebagai hubungan yang menyakitkan.. bagi kak Ti pulak ini suatu bentuk hubungan yang tak sehat. Hubungan yang akhirnya hanya akan menimbulkan lebih banyak keburukan dari kebaikan anadi tak dirawat.

Bila ditanya pada wanita-wanita ini  kenapa sanggup di sakiti berkali-kali tapi masih sanggup mempertahankan hubungan yang sebegini. Macam-macam alasan yang mereka bagi. Antara yang sering kita dengar, demi anak-anak, tiada tempat bergantung, terlalu sayang, takut kehilangan dan macam-macam lagilah. Kadang alasan yang dibagi tu tak tercapai dek akal waras.

Hmm.. mesti ada yang akan bercakap, "Saya tak ada pilihan.. Allah sudah takdirkan hidup saya terseksa macam ni. Kak Ti tak berada di tempat kami.. Kak Ti bolehlah cakap.".. Aduhh.. Kak Ti memang akan tepuk dahi bila dengar rungutan macam ni. Helloo!! sejak bila pulak Allah bagi peluang tengok buku takdir awak tu sampai boleh senang senang cakap "dah memang takdir saya macam ni".

Allahuakbar. Sayang, sebagai hamba Allah dari golongan makhluk manusia ni, kita dianugerahkan satu kelebihan yang tak dianugerahkan pada makhluk lain iaitu AKAL yang boleh digunakan untuk memilih. Kita semua dilahirkan dengan kelebihan yang sama iaitu peluang MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MEMILIH. Yang akan membezakan kita dengan yang lain adalah pilihan yang kita buat dalam menjalani kehidupan kita ni.

Allah tak mungkin akan berlaku zalim pada hambaNya. Setiap yang Allah beri itu pasti ada kebaikan yang telah Allah sediakan pada siapa yang menerimanya. "Nothing happen for no reason and it's always a good reason". Inilah kata-kata yang selalu kak Ti gunakan untuk memotivasikan diri bila berhadapan dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Kata-kata yang digunakan untuk bangkit kembali  dari terus meratapi apa yang berlaku. Allah menciptakan makhluk manusia dengan sebaik-baik ciptaan, dengan pelbagai kelebihan. Jadi kenapa nasib dan takdir yang nak disalahkan pulak.

Kenapa berlakunya hubungan tak sehat ni? Cuba 'check' balik hubungan kita dengan Allah s.w.t. Bila kita lupa untuk membina hubungan yang sehat dengan Sang Pencipta, Lupa dengan panduan hidup yang telah disediakan untuk kita, biasanya itulah salah satu punca berlakunya hubungan tak sehat ni.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda.

"Aku telah tinggalkan kepada kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya” (HR. Al Hakim, derajat : shahih).

Jaga hubungan dengan Allah, berpeganglah pada dua perkara yang dah ditinggalkan untuk kita.. InsyaAllah hubugana dengan sesama makhluk pasti akan terjaga dan pasti kita akan dilindungi dari terperangkap dalam hubungan yang tak sehat. Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya di luar kemampuan hamba tersebut. Pilihan ditangan kita..Jadi pilihalah hubungan yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.


Khamis, 22 Jun 2017

PERSIAPAN HARI RAYA ... YEAYY!! DAH SELESAI SEMUANYA

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ya Allah! Cepatnya masa berlalu..Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Sedih dan gembira bersatu dalam jiwa sekarang ni. Sedih sebab tak puas lagi rasanya menikmati manisnya Ramadhan yang entahkan sempat entahkan tidak berjumpa lagi. Gembira sebab tinggal beberapa hari je lagi kita bakal menyambut hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Kemenangan dalam peperangan yang bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi lebih besar dari tu.. Peperangan melawan nafsu.

Macam mana persediaan raya uolls. Baju baru dah beli? Beli untuk siapa? Takkan untuk diri sendiri je kot. Mak, ayah, adik-adik yang belum bekerja? Kalau yang dah beli untuk ahli keluarga jugak, tahniah Kak Ti ucapkan. Untuk yang masih belum mampu belanja keluarga seratus peratus.. takpe, jangan sedih.. Hulurlah berapa yang mampu terutamanya pada mak dan ayah. InsyaAllah ada keberkatan rezeki kat situ.

Cerita pasal persiapan raya ni, kak Ti tau mesti ada yang macam kak Ti. Buat persiapan last minute. Baju-baju raya kak Ti, Tn. SOSAB, 4 SAZSO dan tok nenek diorang pun baru selesai semalam. Untungnya bila anak-anak semua hero ni, tak banyak kerenah sekejap je dah selesai semua. Tema tahun ni anak-anak pilih hijau turquoise dan diorang request tahun ni nak beraya dengan kurta yang dipadankan dengan seluar jeans. Apa-apa je lah anak.. asalkan korang gembira. Bermula dari Selasa malam kat Jalan TAR pastu sambung pulak esoknya sehari suntuk  kat SOGO. Alhamdulillah selesai semuanya.

Oh ya! Untuk sesiapa yang belum beli baju anak-anak, Kak Ti sarankan pegilah ke SOGO. Secara keseluruhannya, kak Ti rasa tahun ni harga kat SOGO tu sangat berpatutan. Samaada bahagian wanita, lelaki mahupun kanak-kanak, harga memang sangat mengujakan. Seronok memilih sebab banyak pilihan dengan harga yang sangat berpatutan.

Untuk yang mencari kurta atau jubah dan yang sewaktu dengannya, selain dari Jalan TAR yang memang dah terkenal tu, apakata cuba jenguk-jenguk jugak booth-booth / kemah-kemah yang luar Jalan TAR tu. Harga yang ditawarkan ada yang lebih murah berbanding dengan yang kat Jalan TAR dan yang paling bestnya, harga tu masih boleh di tawar lagi. Kalau beli sekali berhelai-helai macam kak Ti ni, InsyaAllah memang banyak jugak dia potong dari harga asal. Tapi janganlah sampai tawar dengan harga yang tak masuk akal tau. Kesian kat peniaga tu.

Ok lah.. pada sesiapa yang belum 'shopping' raya.. Jangan risau.. masih sempat lagi ni.. Kalau yang beraya kat KL. datanglah malam raya, harga memang berbaloi-baloi. Tapi jangan dek kerana seronok sangat ber'shopping' sampai ke pagi, solat raya terkorban ya.

Selamat menikmati hari-hari terakhir Ramdhan. Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.





Jumaat, 16 Jun 2017

BUKA PUASA DI DAPUR MUHIBBAH TPC KL @ KLGCC

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah Ramadhan kali ni Kak Ti berpeluang menikmati buffet ramadhan di beberapa tempat. Minggu pertama Ramadhan, Allah bagi peluang meniikmati steam boat yang sedap kat D'Kayangan Shah Alam yang dah pun kak Ti kongsikan kat sini.

Minggu kedua puasa pulak atau lebih tepatnya 7hb yang lepas, kak ti berpleluang meneman Tn SOSAB untuk berbuka puasa kat TPC Kuala Lumpur formerly known as Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Jalan Bukit Kiara. Memandangkan ofis Kak Ti dekat je dengan lokasi KLGCC, kami dengan keyakinan yang penuh bertolak agak lewat menuju ke TPC kl. Lebih kurang 6.30 petang macam tulah kami bertolak dari ofis Kak Ti kat Plaza Damas ni.

In reality, TPC kl ni boleh sampai dalam 15 minit je dari ofis kak Ti, tapi disebabkan beberapa kesilapan teknikal, dah masuk waktu berbuka baru kami sampai sana. Bila sampai kat sana, kami dimaklumkan oleh pak guard yang kami kena park motor kat tempat parking yang terletak agak jauh dari lokasi Iftar. Kak Ti dah nak start hangin dah. Bila masuk tempat parking, kami diarahkan ke level atas pulak untuk parking motor. Aishh.. Dugaan betul. Dari tingkat atas, kami turun ke tingkat bawah dengan hati yang agak mendongkol. Ehh.. Tiba-tiba bila sampai bawah tengok-tengok ada perkhidmatan "buggy" yang disediakan untuk bawak guest ke tempat makan. Terus hilang dongkolan di hati.
Buggy yang akan bawak pengunjung dari parking ke tempat makan dan dari tempat makan ke parking.

Sampai je sana, Kak Ti tengok semua orang tengah makan. Iyalah.. dah masuk waktu berbuka kan..Kami je yang masih terkial-kial nak cari tempat duduk yang dah dibooking oleh vendor. Sebelum sampai ke meja, kami bawak air siap-siap. Beberapa jenis air manis disediakan dari yang sejuk sampailah yang panas. Dalam banyak-banyak air tu, kami berdua pilih air tebu. Air tebu dia fresh.. Rasa macam yang kita beli kat bazar Ramadhan.

Kali ini KLGCC menampilkan tema 'Dapur Muhibbah'. Hidangan yang disajikan memang sangat muhibbah sebagaimana muhibbahnya rakyat Malaysia. Menariknya, konsep gerai atau stall digunakan untuk menyajikan hidangan kepada para pengunjung dan terdapat lebih dari 41 gerai telah disediakan. Selain dari itu terdapat juga 8 paparan hidangan buffet yang menyajikan hidangan tempatan dan juga antarabangsa yang pastinya dapat memikat selera pengunjung.

Ada bermacam-macam jenis sajian yang dihidangkan antaranya adalah nasi beriyani kambing, 'seafood kava, teppanyaki, ketam masak lemak, ayam tandoori, kambing bakar, ikan bakar dan yang paling 'rare' bagi kak Ti, lidah bakar. Oh ya, nasi putih bersama lauk pauk yang dihidangkan dalam periuk tanah, nasi lemak kukus ayam goreng rempah, mee goremg, kueytiow goreng, rojak pasembor, mee rebus, dan lain-lai turut disajikan. Pendek kata memang bervariasi sangat dan semestinya dapat memikat selera pengunjung.







Tak lengkap rasanya kalau kita pegi ke buffet Ramadhan tanpa menikmati hidangan 'pencuci mulut'. Ini memang favourite kak Ti. dari ais krim, ais kacang, buah buahan tempatan sampailah ke kuih muih tradisional dan jugak kek-kek yang sangat comel dan menarik turut disajikan kat sini. Rambang mata kak Ti nak pilih. End up kak Ti cuba hampir kesemuanya (So know you know why my penimbang always shows the not so good numbers kan..).







Ehh.. lupa nak cakap.. surau turut disediakan kat sini. Kalau tak silap kak Ti ada dua surau wanita yang disediakan kat sini. Kak Ti pilih yang paling dekat. Agaknya yang dekat ni orang tak perasan kot sebab tu masa sampai ada sorang dua je dalam tu. Apa yang kak Ti seronok.. Surau yang disdiakan amat selesa dan agak luas. Kak Ti tak tau kondisi surau yang satu lagi tapi kak Ti boleh assume yang surau satu lagi tu mesti lebih besar dan selesa sebab itu surau utama. Takdelah macam sesetengah hotel yang suraunya macam asal ada je.

All in all.. It was a satisfying Iftar. If I have one thing to complain.. Its the ability of my tummy. Dah agak berusia ni kan.. perut dah tak macam dulu-dulu. Sekarang ni makan lebih sikit je... Dia punya senak tu lain macam. Anyway to those of you who wish to come and have your Iftar here.. Their 'Dapur Muhibbah' wiil be operating untill 22nd of June 2017. For more Information and reservation please call them at 03-2011 9187 / 03-2011 9189.






Khamis, 15 Jun 2017

TIPS BERAYA DI KAMPUNG... RAMAI YANG TAK PERASAN TAPI LEBIH RAMAI YANG BUAT TAK PERASAN

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Diam tak diam kita dah pun nak sampai ke penghujung Ramadhan. Tinggal lebih kurang 9 atau 10 hari je lagi kita akan merayakan Syawal. Sedih pulak rasanya bila terkenangkan yang Ramadhan bakal meninggalkan kita sekali lagi. Entahkan ada entahkan tidak peluang dari Allah s.w.t. untuk berjumpa Ramadhan sekali lagi. Apa pun, semoga Allah izinkan kita bertemu dengan penghujung Ramadhan kali ini.

Dengan hampirnya Ramdhan ke peghujungnya ni bermakna kita bakal bertemu Syawal tak lama lagi. Seronok? mestilah seronok. Syawal kan hari kemenangan kita umat Islam. Hari kemenangan setelah sebulan berjuang melawan nafsu sendiri. Antara topik-topik popular yang bakal timbul sekali lagi bila menjelang Syawal ni adalah topik balik kampung. Time raya nilah pun peluang nak kumpul ramai-ramai kat kampung. Tak kiralah sammada kat kampung sendiri ataupun kampung suami atau isteri.

Untuk kak Ti.. Tahun ni turn beraya kat kampung Tn SOSAB. Jaaaauuhhh sangat kampung dia tau. Nun kat Keramat Au nun.. Jauh kann..hahaha... Bukan kami je yang beraya kat Keramat tahun ni.. Tapi semua adik beradik Tn SOSAB pun akan beraya sekali.. Memang itulah tradisinya setiap tahun. Maknanya tahun depan jika Allah izinkan, kami semua akan balik ke kampung masing-masing pulak untuk beraya.Walaupun kami semua dari selangor dan KL je.. Tapi tetap sehari sebelum raya kami akan berkumpul kat rumah mak kat Keramat. Bila semua dah berkumpul memang meriah jadinya.

Seronok memang seronok bila berkumpul adik beradik ni.. Tapi kadang disebabkan perkara-perkara yang patutnya boleh dielakkan seronok tu jadi agak berkurang sikit. So.. Untuk mengelakkan timbulnya rasa kurang seronok tu, kak Ti nak share dengan uolls beberapa tips yang boleh dipraktikkan masa balik beraya. Tak kiralah kampung belah siapa.

1. BAWAK SETERIKA (IRON) SENDIRI
Sesi gosok menggosok baju ni biasanya akan kita buat malam raya betul tak. Time tulah semua orang nak gosok baju. Maka bermulalah sesi cop mengecop. Lepas kau turn aku pulak. Kena ada yang nakal sikit, dia main potong tang corner. Ada je kes disebabkan gosok menggosok ni sampai ke pagi raya masam muka. Untuk elakkan dari perkara ni berlaku, apa kata uolls bawak je seterika sendiri. Takpun nak lagi best, seterika je baju uolls tu awal-awal pastu dah boleh rileks.

Dah bawak seterika sendiri janagan lupa bawak kabel extension jugak tau..
2. BAWAK KIPAS SENDIRI
Bila balik kampung tu, masa nilah kita nak berkumpul lagi dengan adik beradik. Kalau yang rumah biliknya terhad, masa nilah nak tidur berjemaah. Yang perempuan kat bilik, yang lelaki kat ruang tamu. Sebolehnya elakkanlah tidur hotel atau tidur homestay.  Kecik hati mak pak dengan adik beradik lain. Mentang-mentanglah rumah mak pak panas takde air cond, kipas pulak terhad terus lari tidur hotel atau homestay. Lainlah kalau memang dah terpaksa sangat kan.. Kalau jenis tak tahan panas, angkutlah kipas sendiri bila balik kampung. Selesai masalah.

Hah.. Kan ke senang kalau bawak kipas sendiri.. Sebelum balik jangan lupa hulur duit letrik ya..
3. BAWAK TOTO SENDIRI
Balik kampung beramai ramai ni kan bukannya selalu. Setahun sekali belum tentu dapat peluang berjumpa ramai-ramai. Bila dah berkumpul ramai-ramai ni pandai-pandailah kita nak ringankan kerja mak pak kita. Setiap satu family bawak toto sendiri untuk family masing-masing. Bila semua dah balik, takdelah mak pak kita nak kena megadap toto yang kita adik beradik dah guna. Memanglah depa tak akan mengeluh.. Demi anak-anak semuanya ok. Tapi kita sebagai anak ni.. sendiri mau ingatlah kan..

Satu family bawak satu toto. Nak bawak lebih pun apa salahnya kan.. Kot ada adik beradik yang lupa bawak, bolehlah diorang pakai
4. SALING BANTU MEMBANTU
Suasana akan jadi lebih seronok bila semua saling berkerja sama, bantu membantu baik sesi mengemas ataupun sesi memasak. Ajarkan keluarga kita untuk ringankan tangan tolong mana yang boleh. Jangan sampai ada yang jadi tukang pemerhati je. Bila semua dah siap baru nak nampakkan muka takpun terperap je dalam bilik dengan alasan tak tau nak tolong apa. Pesanan ni sesuai sangat untuk yang baru berumahtangga tu. Dengan alasan tak biasa dengan cara beraya keluarga mentua, maka jadilah dia seorang pemerhati tegar. Hmmmm.. Dah kalau tak mau belajar masa tu.. bila masanya nak jadi biasa.

5. JAGA BATASAN AURAT
Dalam pada seronok berkumpul ramai-ramai tu..Jangan lupa untuk menjaga batasan aurat anatara ipar duai. Fahami peranan dan tanggungjawab masing-masing,, InsyaAllah pasti semuanya akan berjalan lancar.

Bila dah kumpul ramai-rami tu ringan-ringankan tangan tolong mana yag patut dan jangan lupa.. Batasan aurat tetap perlu dijaga..
Sumber gambar: blog towards mardhatillah
6. JANGAN BALIK KAMPUNG BERLENGGANG MAK LIMAH
Bila nak balik kampung tu, janganlah balik dengan tangan kosong je.. Bawaklah sorang sikit keperluan nak sambut raya kat kamapung. Paling tidak pun bawaklah kuih raya sebalang dua. Janganlah mentang-mentang balik kampung semua harap mak pak yang sediakan. Lagi satu bila kat kampung tu, ajaklah adik beradik keluar sama-sama beli barang dapur. Takdelah mak pak kita bahagia dalam tangisan.

Bukan susah pun.. Tunjuk-tunjuk je. Tapi kalau mampu buat sendiri mesti lebih seronok rasanya..
7. JANGAN LUPA HULUR DUIT RAYA
Walaupun kehadiran kita adik beradik dah cukup membahagiakan mak pak kita.. Tapi alangkah lebih baik kalau kita dapat hulurkan sedikit duit raya pada mereka. Hulurlah ikut kemampuan kita, sebab bukan jumlah yang penting tapi yang lebih penting tanda ingatan kita pada mereka. Bak kata orang jawa "It's the thought that matters".

Berapa pun nilai yang diberi itu bukan yang penting. Ynag penting tanda ingatan kitapada mereka
8.JANGAN MUDAH SENTAP
Adatlah bila berkumpul ramai-ramai tu kadang kita tak sedar dalam bergurau ada kasarnya. Sebagai adik beradik, ipar duai, biras beras.. Belajarlah berlapang dada tak payahlah sebab benda sikit je dah nak sentap bagai. Janganlah sebab bende kecik tu boleh mengurangkan keseronokan hari raya. Bukanlah maksudnya tak boleh bergurau langsung, tapi berguraulah dengan penuh berhemah. Kadang bagi kita adik beradik bende tu kita anggap gurauan je.. tapi mungkin bagi ipar duai yang masih kurang memahami keluarga kita menganggap serius gurauan tu.


9. ELAKKAN RIAK TANPA SEDAR
Bila berkumpul adik beradik tu tok sahlah nak berlawan cerita kehebatan keluarga masing. Bercuti sini bercuti sana, beli ini beli itu. Ingat-ingatkah sikit.. Mungkin ada dikalangan adik beradik kita tu yang rezekinya belum mengizinkan dia untuk menikmati apa yang kita ada. Hormati dan jagalah perasaan mereka.

10. CIPTAKAN MEMORI INDAH
Janganlah amalkan balik kampung kerana budaya. Baliklah ke kampaung kerana rasa kekeluargaaan. Kerana rasa rindu ingin bersama keluarga tercinta terutamanya mak dan pak kita. Bila ini yang kita lakukan, InsyaAllah pasti memori indah wak tu bersama akan tercipta dan terpahat dalam hati dan minda kita. Suatu saat pasti akan jadi kenangan terindah kita bersama keluarga tercinta.






Rabu, 14 Jun 2017

RESEPI BISKUT RAYA 2017.... BISKUT DONAT


Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Hari ke 19 Ramadhan.. Maknanya malam ni dah start countdown 10 malam terakhir Ramadhan.. Sedihnya.. Tak lama lagi dah nak berpisah lagi dengan Ramadhan. Ya Allah.. semoga kami sempat sampai ke peghujung Ramadhan ini dan berpeluang bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.. Aaamiinn..

Huishh.. Lamanya kak Ti tak update blog..(ellehh.. poyo je statement kan.. padahal sebelum tu sampai nak dekat setaun tak update blog.. hahaha). Biasalah bila dah balik kampung..kumpul dengan mak pak n adik.. Penyakit M tu mulalah menyerang.. Tambah pulak kat rumah parents kak Ti tak ada wifi.. Lagilah bertambah besar penyakit M tu. Padahal boleh je kalau nak update pakai phone. Tapi saje jer kan.. Membesarkan penyakit M.

Dah hujung-hujung Ramadhan ni mesti dah ramai yang sibuk dengan pembikinan biskut-biskut raya kan.. Hah.. meh kak Ti tambah lagi biskut raya yang uolls boleh buat untuk tambah koleksi biskut raya uolls. Biskut ni bila dah siap tu comel je.. Bila dah rasa sebiji mesti tangan akan merayap untuk rasa sbiji lagi. Sebiji demi sebiji tak terasa setengan balang habis.. hahaha.. Bak kata hero kak Ti yang nombor 4 tu.. "I'ts delicious mama, I like it"..

Kak Ti terjumpa resepi ni kat blog kak Ita masam manis lama dah. Dah beberapa kali raya jugak Kak Ti buat biskut ni. Bahan-bahannya mudah dan cara buatnya pun ringkas. Pada sesiapa yang nak mencuba buat biskut ni, kak Ti sharekan resepinya kat bawah ni..

BISKUT DONAT
Resipi: Cheff Zubaidah
Sumber: Kak Ita Masam manis
Sumber asal: Citarasawan

Bahan A 
  • 150 gm mentega 
  • 30 gm shortening 
  • 100 gm gula caster 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1/2 sudu teh emplex (Kak Ti tak letak)

Bahan B 
  • 200 gm tepung gandum 
  • 60 gm tepung jagung 
  • 30 gm nestum ~ dikisar
  • 3 sudu besar susu tepung (Kalau dah sesak susu tepung anak pun boleh.. hahaha)

Hiasan
  • Coklat masakan putih (Kak Ti guna coklat masakan biasa)
  • Manik berwarna warni (chocolate rice/colorful rice)

Cara-cara:
  • Satukan bahan A dan pukul hingga sebati 
  • Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh 
  • Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut (kak Ti guna acuan donut paling kecik)
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna 
  • Setelah masak susun atas redai hingga sejuk 
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler 
  • Celupkan sebelah permukan biskut Taburkan chocolate rice atau colorful rice 
  • Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .




Khamis, 8 Jun 2017

SUKA MEMBACA....TABIAT YANG BOLEH MEMBAWA MUDARAT

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Salam 13 Ramadhan.. Wahh!! Tajuk entry kali ni sesuatu sangat. Mesti ada yang akan mula berkerut dahi bila baca tajuk tu kan.. Iyalah, mana taknya.. Selama ni semua menggalakkan tabiat membaca. Dari yang kecik sampailah ke yang besar semua digalakkan membaca. Tiba-tiba Kak Ti keluar tajuk macam ni... hmmmm..

Ok.. ok.. meh kat Ti nak cerita kenapa kak Ti cakap suka membaca ni boleh bawa mudarat. Al-kesahnya.. Kak Ti memang suka sangat membaca. Rasanya semua family & kawan-kawan rapat Kak Ti semua tau pasal hobi membaca kak Ti ni. Sampaikan dulu-dulu, bila orang tanya adik kak Ti kakak mana.. Dia jawab tengah makan buku.. hahaha.. sadis betul jawapan adik kak Ti ni. Kak Ti punya tahap suka membaca tu.. sampaikan kalau buku tu memang betul-betul menarik jalan ceritanya.. sanggup tak tidur selagi tak habis baca. Ada tak uolls yang macam ni?

Tapi.. itulah hakikatnya. Kak Ti bila dah start mengadap buku (read novel) memang fokus dia lain macam. Hilang sekejap dari alam nyata masuk ke alam novel tu. Hah.. Dahsyat kan.. Siapa yang "book worm" pasti akan mengalami macam tu. Masa mula-mula kahwin dulu, Tn SOSAB cukup menyampah bila kak Ti dah start membaca. Bak kata dia.. Bercakap dengan kak Ti masa tu, umpama bercakap sorang-sorang.

Al kisah pada suatu ketika.. Kalau tak silap masa tu early 2003. We were at KLIA nak hantar my MIL dengan two of my FIL nak mengerjakan umrah masa tu. Other than our family, ada jugak besan my MIL mengantar sekali masa tu. While waiting for them to check in..masing-masing pun bersembang. Kak Ti masa tu tengah khusyuk baca satu novel tu..(Can't remember exactly what I was reading at that time).. Memang tengah khusyuk sangat menjiwai jalan cerita sampaikan ekspresi muka kak Ti pun berubah mengikut jalan cerita (That's what TnSOSAB informed me later on)..

Nak dijadikan cerita, masa tengah bersembang tu, besan my MIL rupanya tanya Kak Ti something. Tapi kak Ti tak jawab.. dah lah muka tengah ketat masa tu..The best part is.. Kak Ti tak sedar langsung aunty tu tanya kak Ti. Dah balik dari airport tu baru adik beradik kecoh kata kak Ti marah kat aunty tu sampai tak jawab bila di tanya. Pastu siap buat muka..  I was like.. what???????? Bila masa aunty tu tanya.. tanya apa? Kak Ti pun tanyalah kat Tn SOSAB what's going on? Kenapa diorang cakap kak Ti macam tu? Bila Tn SOSAB explain kat kak Ti.. Ya Allah.. memang rasa bersalah sangat.. Mesti aunty tu malu bila dia tegur kak Ti tapi kak Ti buat tak tau.

To rectify my mistake.. Kak Ti terus call my biras and explain to her what really happened. Kak Ti mintak dia tolong explainkan kat mother dia. huhuhu. But I guess the damaged has been done. Perasaan orang kot. Kak Ti Kak Ti. Tapi hikmahnya dari kejadian tu, dari sejak peristiwa tu.. No matter how ineteresting the book I was reading... I'll put it aside and pay attention to what's going on around me especially  if I am in the accompany of others.

Kesimpulannya.. bukan tabiat membaca tu sebenarnya yang memudaratkan.. Tapi macam mana cara kita handle tabiat kita tu yang paling penting. Kalau terlampau ikutkan hati.. memanglah akan memudaratkan.. Tapi kalau pandai kawal sudah semestinya banyak manfaat yang kita boleh dapat.


Antara koleksi novel kak Ti yang ada kat ofis kak Ti . Ada satu tu buku tu belongs to my kazen yang asek lupa je nak pulang (Sorry adik Tia.. asik lupa nak bawak balik).. Karya author yang kak Ti suka antaranya adalah karya  the late Sydney Sheldon, Danielle Steel, Judith Mcnaught, Jackie Collins dan ramai lagi. Dalam banyak banyak author, karya Sydney Sheldon & Danielle Steel favourite Kak Ti. Gaya penceritaan yang bersahaja, bahasa yang mudah difahami antara sebab kenapa kak Ti suka baca buku dua orang author ni. Kak Ti kalau beli buku memang berbaloi. Sebab apa tau.. Sebab kak Ti ni bukan jenis yang sekali baca terus simpan. Kak Ti suka mengulang baca. Satu satu buku tu kak Ti boleh ulang baca banyak kali.

 Bila ada peluang masuk perpustakaan.. memang heaven sangat bagi kak Ti. Tapi tu lah.. kekangan masa. Tak sempat dah nak pegi "melepak' kat perpustakaan. Tapi kan.. sekarang ni dah ada Perpustakaan Negara malaysia E library tau. Seronok sangat. Boleh pinjam buku tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Nak tau lebih lanjut KLIK JE LINK NI. Nakkan panduan macam mana nak guna E library ni KLIK JE KAT SINI. Kak Ti dah beberapa kali guna perkhidmatan ni.. memang seronok sangat. Untuk uolls yang ada penyakit macam kak Ti.. jangan lupa lawati PNM Elib tu tau..



Selasa, 6 Jun 2017

RESEPI MUDAH BERGEDIL... BERGEDIL DAN SOTO BERPISAH TIADA

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Bagi para penggemar soto, pasti akan bersetuju bahawa soto dan bergedil memang tak dapat dipisahkan.. Ada pelbagai resepi untuk menghasilkan bergedil yang enak di luar sana tapi hari ini kak Ti nak share satu lagi resepi bergedil yang InsyaAllah pasti dapat menambat selera uolls dan para penggemar soto di luar sana. Bergedil bukan sahaja sesuai di makan bersama soto tau tapi sesuai jugak kalau nak dijadikan lauk tambahan masa makan. 

 BAHAN BAHAN
  • 1kg Kentang 
  • 4 ulas bawang putih 
  • Sedikit lada putih 
  • 1 @ 2 sudu pes segera 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun sup dan daun bawang 
  • Telur secukupnya 
  • Tepung gandum (anggaran 1 sudu tepung untuk sebijik telur) 
  • Sedikit air 
  • Kalau nak campur daging cincang atau ayam pun boleh.. Tapi pastikan ayam atau daging cincang tu dah di goreng terlebih dahulu.

 CARA-CARA
  • Kupas dan potong kentang-untuk lebih mudah..potong membulat agak nipis Goreng kentang yang dah dipotong kemudian tumbuk atau lenyek hingga hancur-ketepikan 
  • Tumbuk bawang putih dan lada putih, gaulkan dengan kentang yang dah dilenyek tersebut sehingga sebati 
  • Campurkan rempah soto yang dah buat sebelum ni.. Gaul sebati.. Kalau tak buat lagi remaph soto tu.. tengok kat sini tau..
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong halus, gaul sebati. bentukkan mengikut bentuk yang anda suka 
  • Panaskan minyak untuk menggoreng 
  • Celupkan  bergedil yang dah dibentuk tadi ke dalam campuran telur, tepung dan sedikit air 
  • Goreng sehingga agak kekuningan, angkat, dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber : Pinjam gambar dari sini
Sumber: Gambar sendiri lah....


Isnin, 5 Jun 2017

TETAP SEGAR WALAU BERPUASA.. TIPS MENGELAKKAN RASA HAUS KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ramadhan dah pun melepasi 10 hari pertamanya. Hari ni kita dah masuk hari ke 11 Ramadhan. Ya Allah! cepatnya. Rasa macam baru je start puasa kan. Macam mana puasa uolls. Mestilah ok kan. Lapar dan dahaga tu biasalah. Dah nama pun tengah berpuasakan. Tapi ingat tau.. Manfaatkan bulan Ramadhan ni sebaik baiknya untuk meraih sebanyak mungkin pahala untuk bekal kita kat sana nanti.

Dua tiga hari lepas kak Ti ada terbaca satu artikel yang dikongsikan oleh salah seorang kazen kak Ti dalam group wasap family "Pada Idik" (Read sesama kita) tentang tips bagaimana mengelakkan kehausan ketika berpuasa. Menarik kan.. Tak haus walaupun berpuasa. Masa baca tu lagi dah rasa macam.. Wow! bestnya.. Tapi kenalah try sendiri dulu barulah boleh share.. Dan akhirnya, sahur tadi Kak Ti pun trylah. (Hari ni bangun sahur lagi 15 minit nak imsak..huhuh). Hasilnya??? Alhamdulillah.. hari ni kurang rasa haus walaupun sejak dari sahur tadi asik mmbuang je.. Perut tak selesa makan pulut masa buka semalam kot.

Pernah tak uolls masa sahur minum banyak-banyak sebab konon-kononya nak elakkan haus waktu siangnya? Malangya, walapun dah minum bergelen-gelen sampai perut kembung and memulas, tetap jugak haus yang amat time puasa tu. Pernah kan. Uolls tau tak, kalau ikut apa yang kak Ti baca kat artikel tu, rasa haus masa berpuasa tu sebenarnya bukan disebabkan kita tak minum air. Habis tu apa yang sebabkan kita jadi haus?

Sebenarnya rasa haus tu disebabkan oleh minyak/lemak berasal dari makanan yang kita ambil masa bersahur yang melekat kat dinding keronkong kita. Minyak/lemaklah tu lah yang jadi punca kita rasa haus masa berpuasa. Hah.. surprise kan.. Tapi jangan risau... Cara untuk atasi masalah ni simple sangat. Apa pun menu yang kita makan masa besahur tu, kita nak ngopi atau ngeteh ke.. pastikan akhir sekali kita bilas dengan minum air suam. Iya.. minum air suam je. Dengan minum air suam, minyak/lemak yang ada kat kerongkong tu dapat dihilangkan. Mudah je kan.

Tapi ingat ya.. Air suam tu adalah yang last sekali masuk ke tekak kita masa sahur tu.. Lepas dah minum air suam tu jangan nak gatal gi makan atau minum yang lain lagi. Cuba rasakan perbezaanya. InsyaAllah dengan amalkan minum air suam pada waktu sahur, tekak akan rasa selesa je sepanjang berpuasa. So.. Kak Ti dah cuba & dah rasa hasilnay. Uolls cuba tau.. pastu share ngan kak Ti apa pulak kesan yang uolls rasa.

Sumber gambar: http://gegar.thr.fm/Zon-Interaktif/Sensasi/Trending/air-suam



Sabtu, 3 Jun 2017

BUFFET RAMADHAN DI D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT - MERAIKAN 15 TAHUN CINTA

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah... 1 Jun lepas genaplah 15 tahun usia perkahwinan kak Ti n Tn SOSAB. Terima kasih ya Allah.. segalanya atas izinMu jua.

Kami sebenarnya jarang celebrate anniversary dengan makan kat luar. Kebiasaanya kami just akan masak something special kat rumah and we'll celebrate it together with the family. Tapi sebab dah masuk tahun ke 15, so kami plan nak celebrate berdua je tahun ni. Romantiklah kononnya kan. Memandangkan kebetulan anniversary ni jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia ni, (Semoga dengan keberkatan Ramadhan ni Allah akan peliharakan perkahwinan kami hinggalah ke Jannah Firdausi) so pilihannya adalah buffet buka puasa and after a few considerations kami pilih untuk celebrate kat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat buffet.


Kenapa D'Kayangan.. Hah.. Kak Ti rasa.. Kalau uolls penggemar steamboat and grill, mesti uolls pun akan pilih D'Kayangan. Dengan harga yang ditawarkan tu Kak Ti memang dah bersedia dengan pilihan makanan yang mesti biasa-biasa je. Tapi.. Kak Ti memang surprise sangat sebab bila sampai je sana kak Ti memang blur sekejap sebab tak tau nak makan apa.. Banyaknya pilihan makanan..


Untuk pilihan steamboat dan grill sahaja pun Kak Ti rasa ada lebih dari 40 pilihan makanan yang terdiri dari pelbagai jenis seafood, ayam, sayur-sayuran, fish ball, sausage dan macam-macam lagi. Senang cerita, apa yang biasa uolls nampak bila orang buat steamboat dan grill semuanya ada. Ambillah yang mana saja yang uolls suka dan bolehlah pilih samaada nak dinikmati secara steamboat ataupun grill. Pilihan kami.. mestilah kedua-duanya.. Steamboat kami cuba, grill pun kami cuba. Memang nikmat tak terkata uolls.


Pelbagai jenis mee segera, mee hoon, telur dan sayur-sayuran hijau turut disediakan untuk korang yang suka heavy steamboat. Dengan kelazatan kuah yang digunakan sebagai base steamboat, rugi kalau tak cuba salah satu yang kat atas ni. Atau kalau mampu bolehlah cuba kombinasikan setiap satunya dengan bahan-bahan steamboat yang lain. Jangan sampai tak boleh bangun dari kerusi sudahlah ya.


Satu lagi kelebihan yang ada kat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni, kuah yang digunakan tu tak pedas. Jadi memang sesuai sangat kalau uolls plan nak bawak the whole family berbuka kat sini. Untuk yang suka pedas pulak, jangan risau.. Mereka memang faham selera rakyat Malaysia yang lidahnya memang sebati dengan pedas. Pelbagai pilihan sambal disediakan bagi memenuhi selera uolls tu. 


Bagi yang gemar makan kerabu, beberapa jenis kerabu turut disediakan di sini. Kan kak Ti dah kata, D'Kayangan sangat memahami selera rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa ni.







Dah puas menikmati steambot & BBQ tapi masih tetap rasa ada something missing?. Hah.. Itu normal bagi perut-perut local macam kita ni. Tapi tak perlu risau.. Kat sini nasi putih bersama lauk pauknya turut disediakan bagi kepuasan uolls. Lebih menarik lagi, bukan setakat nasi putih je yang dihidangkan, nasi beriani kambing pun ada. Enak dimakan begitu saja (ehh.. macam tagline satu brand roti pulak) atau kalau nak lagi ummphh .. makan dengan kambing grill. Iya.. sungguh.. Kambing grill pun ada. 


 Kuey tiow goreng in the making. Kalau uolls tak nak makan nasi putih atau nasi kambing, bolehlah cuba kuey tiow goreng yang disediakan secara ala carte ni. Kak Ti memang tak suka makan kuey tiow, tapi kuey tiow yang ada kat D'kayangan ni, kak Ti boleh layan la pulak. Agaknya sebab brother ni menggoreng dengan kasih sayang kot, Tengoklah senyumannya tu.. Ahaakkkksss.. Kemain lagi kak Ti ni tau....




Dah makan macam-macam, mesti tak syok kalau tak ada pencuci mulut kan paling tak pun ada buah buahan. Kat D'Kayangan ni.. semua tu pun ada. Antara yang ada kat sini, buah tembikai merah, tembikai susu, kuih-kuih tradisional dan kek. Rojak buah pun ada tau. Ada mangga, nenas, timun dan sengkuang yang boleh dimakan dengan kuah rojak. Kenapa gambar rojak tu ada 2 jenis buah je? Kalau nak tau, itu buah feveret kak Ti kalau makan rojak. hehehe. Kak Ti memang enjoy sangat rojak buah ni. Kuah rojaknya sedap dan kena dengan taste kak Ti. Oh ya.. aiskrim pun ada tau.. Ada pelbagai jenis flavour yang disediakan. Selain dari itu, pelbagai minuman sejuk dan panas boleh dipilih untuk hilangkan dahaga setelah sehari suntuk berpuasa. 



Tempat yang selesa, pilihan hidangan yang pelbagai buatkan D'Kayangan sesuai sangat kalau nak datang berbuka puasa dengan kawan-kawan atau family. Ada dua pilihan tempat duduk yang uolls boleh pilih. Uolls boleh pilih samaada nak duduk kat luar ataupun kat dalam. Ikutlah yang mana uolls rasa selesa. Tak kesahlah uolls datang dengan kereta atau motor, tak perlu risau sebab parking senang je kat sini. Oklah uolls.. Lagi panjang Kak Ti menulis lagi bahaya untuk Tn. SOSAB, Kang tak pasal-pasal petang ni terpaksa ke D'Kayangan lagi. Kalau uolls nak pegi, details macam kat bawah ni ek...


Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Buffet
Seksyen 13, Shah Alam (Waze Acapella Apartment)

RM44.90 (Dewasa), RM22.90 (Kanak-Kanak) 
 RM35 (Warga emas / OKU)

Bermula dari 22 May 2017 sehingga 23 June 2017