ANDAINYA TAKDIR...BENARAKAH TAKDIR YANG SALAH??

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Salam Ramadhan semua. Umpama pertandingan balapan, Ramadhan semakin hampir ke garisan penamatnya. Tinggal sehari je lagi kita berpuasa lepas tu rutin harian akan kembali seperti biasa. Musim raya ni mesti perut terpaksa bekerja lebih masa dengan jemputan open house. Aduhh.. bertabahlah wahai perut.

Uolls tengok tak drama yang tengah trending dan 'hot' diperkatakan tu? Alaa.. Drama "Andainya Takdir" lakonan Shukri Yahya dengan Nina Iskandar. Semalam khabarnya dah episod terakhir. Kak Ti tak pernah 'follow' drama ni. Pertama sebab kak Ti tak berpeluang nak tengok dan kedua sebab memang kak Ti tak suka dengan drama yang memaparkan wanita yang bergelar isteri sebagai mangsa. Tau pasal drama ni pun sebab ramai kawan-kawan FB dan kat 'whatsapp' yang update status 'emo' tiap kali lepas tengok drama ni. Tu yang tak nak tengok.. Kang tak pasal-pasal kak Ti yang terlebih 'emo'. Berkesan sungguh lakonan pelakon-pelakon drama "Andainya Takdir" ni kan.

Kalau pasal jalan cerita tu rasanya kak Ti tak layak kot nak komen apa-apa cuma kak Ti tertarik nak buat entry pasal drama ni jugak bila kak Ti baca blog  Cik Min yang bercerita tentang hubungan yang menyakitkan. Hubungan yang hanya merugikan semua pihak.. Baik si isteri, si suami, anak-anak dan semua keluarga yang terlibat.

Secara jujurnya kak Ti tak paham dengan hubungan yang tak sehat ni. Lebih tak paham lagi dengan orang yang cuba mempertahankan hubungan yang tak sehat ni. Kalau Cik Min menggelarkan hubungan sebegini sebagai hubungan yang menyakitkan.. bagi kak Ti pulak ini suatu bentuk hubungan yang tak sehat. Hubungan yang akhirnya hanya akan menimbulkan lebih banyak keburukan dari kebaikan anadi tak dirawat.

Bila ditanya pada wanita-wanita ini  kenapa sanggup di sakiti berkali-kali tapi masih sanggup mempertahankan hubungan yang sebegini. Macam-macam alasan yang mereka bagi. Antara yang sering kita dengar, demi anak-anak, tiada tempat bergantung, terlalu sayang, takut kehilangan dan macam-macam lagilah. Kadang alasan yang dibagi tu tak tercapai dek akal waras.

Hmm.. mesti ada yang akan bercakap, "Saya tak ada pilihan.. Allah sudah takdirkan hidup saya terseksa macam ni. Kak Ti tak berada di tempat kami.. Kak Ti bolehlah cakap.".. Aduhh.. Kak Ti memang akan tepuk dahi bila dengar rungutan macam ni. Helloo!! sejak bila pulak Allah bagi peluang tengok buku takdir awak tu sampai boleh senang senang cakap "dah memang takdir saya macam ni".

Allahuakbar. Sayang, sebagai hamba Allah dari golongan makhluk manusia ni, kita dianugerahkan satu kelebihan yang tak dianugerahkan pada makhluk lain iaitu AKAL yang boleh digunakan untuk memilih. Kita semua dilahirkan dengan kelebihan yang sama iaitu peluang MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MEMILIH. Yang akan membezakan kita dengan yang lain adalah pilihan yang kita buat dalam menjalani kehidupan kita ni.

Allah tak mungkin akan berlaku zalim pada hambaNya. Setiap yang Allah beri itu pasti ada kebaikan yang telah Allah sediakan pada siapa yang menerimanya. "Nothing happen for no reason and it's always a good reason". Inilah kata-kata yang selalu kak Ti gunakan untuk memotivasikan diri bila berhadapan dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Kata-kata yang digunakan untuk bangkit kembali  dari terus meratapi apa yang berlaku. Allah menciptakan makhluk manusia dengan sebaik-baik ciptaan, dengan pelbagai kelebihan. Jadi kenapa nasib dan takdir yang nak disalahkan pulak.

Kenapa berlakunya hubungan tak sehat ni? Cuba 'check' balik hubungan kita dengan Allah s.w.t. Bila kita lupa untuk membina hubungan yang sehat dengan Sang Pencipta, Lupa dengan panduan hidup yang telah disediakan untuk kita, biasanya itulah salah satu punca berlakunya hubungan tak sehat ni.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda.

"Aku telah tinggalkan kepada kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya” (HR. Al Hakim, derajat : shahih).

Jaga hubungan dengan Allah, berpeganglah pada dua perkara yang dah ditinggalkan untuk kita.. InsyaAllah hubugana dengan sesama makhluk pasti akan terjaga dan pasti kita akan dilindungi dari terperangkap dalam hubungan yang tak sehat. Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya di luar kemampuan hamba tersebut. Pilihan ditangan kita..Jadi pilihalah hubungan yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.


Label: , ,