PERSIAPAN HARI RAYA ... YEAYY!! DAH SELESAI SEMUANYA

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ya Allah! Cepatnya masa berlalu..Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Sedih dan gembira bersatu dalam jiwa sekarang ni. Sedih sebab tak puas lagi rasanya menikmati manisnya Ramadhan yang entahkan sempat entahkan tidak berjumpa lagi. Gembira sebab tinggal beberapa hari je lagi kita bakal menyambut hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Kemenangan dalam peperangan yang bukan setakat menahan lapar dan dahaga tapi lebih besar dari tu.. Peperangan melawan nafsu.

Macam mana persediaan raya uolls. Baju baru dah beli? Beli untuk siapa? Takkan untuk diri sendiri je kot. Mak, ayah, adik-adik yang belum bekerja? Kalau yang dah beli untuk ahli keluarga jugak, tahniah Kak Ti ucapkan. Untuk yang masih belum mampu belanja keluarga seratus peratus.. takpe, jangan sedih.. Hulurlah berapa yang mampu terutamanya pada mak dan ayah. InsyaAllah ada keberkatan rezeki kat situ.

Cerita pasal persiapan raya ni, kak Ti tau mesti ada yang macam kak Ti. Buat persiapan last minute. Baju-baju raya kak Ti, Tn. SOSAB, 4 SAZSO dan tok nenek diorang pun baru selesai semalam. Untungnya bila anak-anak semua hero ni, tak banyak kerenah sekejap je dah selesai semua. Tema tahun ni anak-anak pilih hijau turquoise dan diorang request tahun ni nak beraya dengan kurta yang dipadankan dengan seluar jeans. Apa-apa je lah anak.. asalkan korang gembira. Bermula dari Selasa malam kat Jalan TAR pastu sambung pulak esoknya sehari suntuk  kat SOGO. Alhamdulillah selesai semuanya.

Oh ya! Untuk sesiapa yang belum beli baju anak-anak, Kak Ti sarankan pegilah ke SOGO. Secara keseluruhannya, kak Ti rasa tahun ni harga kat SOGO tu sangat berpatutan. Samaada bahagian wanita, lelaki mahupun kanak-kanak, harga memang sangat mengujakan. Seronok memilih sebab banyak pilihan dengan harga yang sangat berpatutan.

Untuk yang mencari kurta atau jubah dan yang sewaktu dengannya, selain dari Jalan TAR yang memang dah terkenal tu, apakata cuba jenguk-jenguk jugak booth-booth / kemah-kemah yang luar Jalan TAR tu. Harga yang ditawarkan ada yang lebih murah berbanding dengan yang kat Jalan TAR dan yang paling bestnya, harga tu masih boleh di tawar lagi. Kalau beli sekali berhelai-helai macam kak Ti ni, InsyaAllah memang banyak jugak dia potong dari harga asal. Tapi janganlah sampai tawar dengan harga yang tak masuk akal tau. Kesian kat peniaga tu.

Ok lah.. pada sesiapa yang belum 'shopping' raya.. Jangan risau.. masih sempat lagi ni.. Kalau yang beraya kat KL. datanglah malam raya, harga memang berbaloi-baloi. Tapi jangan dek kerana seronok sangat ber'shopping' sampai ke pagi, solat raya terkorban ya.

Selamat menikmati hari-hari terakhir Ramdhan. Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.