Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Kalau korang pernah naik pengangkutan awam especially masa petang, mesti pernah berhadapan dengan situasi tiba-tiba terbau bau semerbak yang menusuk hidung sampai rasa nak pitam. Phewwww! Kak Ti memang sangat-sangat tak tahan dengan bau macam ni.. Rasa macam nak pergi kat orang tu pastu belanja dia deodorant. Tau tak bau apa yang kak Ti cakap ni.. Bau yang datang dari bahagian kulit bawah lengan atau bahas mudahnya ketiak atau nak lagi mudah keti..
Korang janganlah pandang sinis kat kak Ti pulak. Memang betul pun kan.. Datanglah muka hensem ala Patah Aman atau cantik ala Fajura tapi kalau lagi sebatu dia nak sampai tapi bau keti dah sampai dulu.. Memang fail habis. Kalau boleh tak nak dekat pun dengan diorang kan. Hilang segala hensem cantik bagai tu. Sebab tu kak Ti memang amat pentingkan penjagaan bahagian tu dan untuk tu selama ni kak Ti percayakan pada Nivea Pearl and Beauty Female Role. Dah bertahun kak Ti pakai dan Alhamdulillah setakat ni memang amat puas hati dengan hasilnya.
KESAN MENCABUT ATAU MENCUKUR KULIT BAWAH LENGAN
Bila bulu kat bawah lengan tu dah nampak panjang dan lebat, aktiviti biasa yang ramai akan buat adalah mencabut atau mencukur bulu-bulu tu kan. Korang tau tak, kulit bawah lengan aka ketiak aka keti adalah bahagian yang sensitif tau. Aktiviti mencabut atau mencukur bulu kat bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit(
i) dan mengakibatkan pembesaran pori-pori(
ii) pada kulit bawah lengan tu. Uppss.. Tapi kalau guna kaedah mencukur pulak, tekanan bilah pada kulit yang tak rata akan mengakibatkan luka-luka kecil(
iii). Sebab tulah kalau korang perasan, biasanya lepas cukur, korang mesti akan rasa pedih-pedih kan. Maunya tidak, kalau korang nak tau, serpihan yang disingkirkan masa mencukur mengandungi sebanyak 36% kulit!(
iv) OH MAI!!
NIVEA PROTECT AND CARE
Baru-baru ni kak Ti diperkenalkan dengan produk penjagaan bawah lengan yang baru dari NIVEA iaitu
Deodoran Protect & Care Nivea yang dapat memberikan
Perlindungan Berpanjangan Dengan Penjagaan Kulit Yang lembut. Deodoran ni diperkaya dengan esen NIVEA Creme, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Deodoran Protect & Care NIVEA ini memberikan perlindungan yang berpanjangan pada kulit kita sehingga 48 jam dan dalam masa yang sama, formulanya yang inovatif dan mesra pada kulit, merawat kulit dengan lembut memberikan kesegaran sepanjang hari serta memberikan kita bawah lengan yang lembut dan licin.
Ng Hock Guan, Pengurus bagi Negara Beiersdorf, Malaysia & Singapura berkata:
"Di NIVEA, kami percaya kepada produk-produk yang dapat melindungi dan menjaga kulit secara menyeluruh, dari kepala hingga ke kaki. Dalam kehidupan seharian kita yang sentiasa sibuk, kita sering mengabaikan perkara-perkara kecil seperti kerosakan pada kulit yang diakibatkan oleh perbuatan mencukur dan mencabut bulu-bulu di bawah lengan. Sesetengah bahagian badan kita seperti bahagian bawah lengan memerlukan perhatian yang lebih teliti dan kerana itulah deodoran NIVEA Protect & Care menawarkan perlindungan penjagaan yang sama seperti yang ditawarkan di dalam semua produk-produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan penjagaan kulit bawah lengan."
Kalau korang nak tau, deodoran
NIVEA Protect & Care ni ada dua iaitu roll-on 50ml yang dijual pada harga RM11.30 dan NIVEA Protect & Care spray 150ml yang dijual pada harga RM17.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). Produk NVEA Protect & Care ni jugak korang boleh dapatkan kat pasar raya, hypermarket dan juga Farmasi-farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari
www.facebook.com/mynivea.
NIVEA CARE RUN
Selari dengan teras nilai penjagaan NIVEA, deodoran NIVEA Protect & Care akan menganjurkan larian "
NIVEA Care Run" pada 29 Oktober 2017 (Ahad). Acara larian sejauh 5km yang akan berlangsung di Presint 6 Putrajaya ini turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan bagi meningkatkn kesedaran oragn ramai tentang penjagaan kulit bawah lengan. Yang bestnya kan, kalau korang join run ni, korang boleh share tentang cara-cara penjagaan kulit bawah lengan ni dengan kawan-kawan dan saudara mara korang melalui pek hadiah (goodies bag) eksklusif yang korang akan dapat bersama-sama denga kit larian. Bukan itu je tau, korang jugak akan berpeluang menang pelbagai hadiah menarik dalam sesi cabutan bertuah yang akan dilangsungkan pada hari larian tu jugak.
Part yang lebih best lagi.. Dengan join larian ni, korang secara tak langsung telah menjadi penyumbang kepada Yayasan Budi Penyayang (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan derma kepada rakyant Malaysia yang memerlukan sebab sebahagian yuran penyertaan korang tu akan didermakan kepada yayasan tersebut. Dengan sasaran sekurang-kurangnya 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan menyumbang kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantun dri segi pendidikan dan kesihatan.
Acara ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang akan berada di sana untuk bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini.
So, korang jangan tunggu lama-lama, register cepat-cepat tau. Disamping berseronok, dapat goodies beg yang best, korang jugak telah menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Untuk mendaftar, korang layari
http://www.niveacarerun.com.my. Yuran penyertaan sebanyak RM65.00 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih dari RM100.00. WOW! dah lebih dari nilai yang dilaburkan kan.. So.. Tunggu apa lagi.. Gi register lekas.. Jumpa kat sana tau 29 hb yang akan datang ni...
Ref: