Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Bagi para penggemar
soto, pasti akan bersetuju bahawa soto dan bergedil memang tak dapat
dipisahkan.. Ada pelbagai resepi untuk menghasilkan bergedil yang enak di luar
sana tapi hari ini kak Ti nak share satu lagi resepi bergedil
yang InsyaAllah pasti dapat menambat selera uolls dan para penggemar soto di
luar sana. Bergedil bukan sahaja sesuai di makan bersama soto tau tapi sesuai
jugak kalau nak dijadikan lauk tambahan masa makan.
BAHAN BAHAN
- 1kg Kentang
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit lada putih
- 1 @ 2 sudu pes segera
- Garam secukup rasa
- Daun sup dan daun bawang
- Telur secukupnya
- Tepung gandum (anggaran 1 sudu tepung untuk sebijik telur)
- Sedikit air
- Kalau nak campur daging cincang atau ayam pun boleh.. Tapi pastikan ayam atau daging cincang tu dah di goreng terlebih dahulu.
CARA-CARA
- Kupas dan potong kentang-untuk lebih mudah..potong membulat
agak nipis Goreng kentang yang dah dipotong kemudian tumbuk atau
lenyek hingga hancur-ketepikan
- Tumbuk bawang putih dan lada putih, gaulkan dengan kentang
yang dah dilenyek tersebut sehingga sebati
- Campurkan rempah soto yang dah buat sebelum ni.. Gaul sebati.. Kalau tak buat lagi remaph soto tu.. tengok kat sini tau..,
- Akhir sekali masukkan daun sup dan daun
bawang yang telah dipotong halus, gaul sebati. bentukkan mengikut bentuk yang anda suka
- Panaskan minyak untuk menggoreng
- Celupkan bergedil yang dah dibentuk tadi ke dalam campuran telur,
tepung dan sedikit air
- Goreng sehingga agak kekuningan, angkat, dan sedia untuk
dihidangkan.
|
Sumber: Gambar sendiri lah....
|
Label: #KBBA9, foodblogger, Kelab Blogger Ben Ashaari, kongsi resepi, lifestyle, resepi mudah, simple food